πŸͺ‚Lawan Graviti

Anda tidak perlu ke angkasa untuk melihat fenomena anti graviti

⏰ 5 minit

πŸ§ͺ Fizik

πŸ‘Ά Umur 3+

4.5

β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

Berdasarkan kepada review Dr Mad

πŸ“š Pengenalan

Air adalah suatu elemen yang sangat unik. Disamping ianya berada disekeliling kita dalam ketiga- tiga jirim iaitu pepejal, cecair dan gas, ia juga sebenarnya mampu untuk mengalir dalam keadaan yang tidak disangkakan, iaitu melawan graviti.

Aktiviti yang bakal kita jalankan akan menunjukkan bagaimana air dapat bergerak naik keluar dari gelas dan menuju kearah gelas yang lain.

πŸ§ͺ Bahan Eksperimen

🧻 Tisu dapur

πŸ’§ Air Kosong

πŸ₯› 2 Gelas Lutsinar

πŸ“‹ Demo Dr Mad

Komik Sains (1/4)

1. Gulungkan tisu dapur supaya ia menjadi seolah -olah seutas tali.

πŸŽ‰ Hasil Eksperimen

Apa yang anda Lihat?

πŸͺ‚ Air bergerak dari gelas yang penuh ke gelas yang kosong

πŸ’­ Paras air akan sekata dalam kedua - dua gelas

⏰ Proses berlaku secara perlahan-lahan sehingga 30 minit

Sains disebaliknya:

Tisu yang anda letak kedalam gelas yang berisi air akan menjadi basah kerana ianya akan diresapi air secara perlahan. Kemudian, air didalam tisu tesebut akan bergerak pula kearah gelas yang kosong.

Proses ini dikenali sebagai 'tindakan kapilari' Ianya merupakan suatu proses dimana air bergerak kearah tempat yang mempunyai daya lekatan yang lebih kuat dari tempat yang sedang ia berada.

Proses yang sama juga berlaku dalam tumbuhan dimana air akan bergerak dari akar ke bahagian atas pokok walaupun ianya melawan graviti.