🕺Tarian Kismis

Saksikan biji kismis menari riang didalam air soda

⏰ 10 minit

🧪 Fizik

👶 Umur 5+

4.9

★★★★★

Berdasarkan kepada review Dr Mad

📚 Pengenalan

Dalam eksperimen ini, anda akan dapati biji - biji kismis yang disangkakan sudah kering tanpa perasaan berubah menjadi penari kecil, berkumpul dan berjoget dalam air soda, siap dengan pakej disko kecil mereka sendiri.

Eksperimen ini bukan sahaja menyeronokkan untuk ditonton, malah ia merupakan cara yang baik untuk belajar tentang ketumpatan dan keapungan gelembung gas.

🧪 Bahan Eksperimen

🍇 5-10 Biji Kismis

🥤 Air Soda (Berkarbonat)

🥛 Gelas Lutsinar

📋 Demo Dr Mad

Komik Sains (1/3)

1. Tuang air soda berkarbonat kedalam gelas lutsinar.

🎉 Hasil Eksperimen

Apa yang anda Lihat?

🕺Kismis menari didalam gelas

💭 Buih - buih soda menyelaputi kismis

⏰ Tarian berlangsung sehingga 30 minit

Sains disebaliknya:

Kismis lebih tumpat daripada air soda berkarbonat, menjadikannya tenggelam kedasar. Walaubagaimanapun, buih - buih karbon dioksida(CO₂) melekat pada permukaan berkedut kismis, bagaikan pelampung kecil.

Apabila cukup banyak buih - buih yang bergantungan pada kismis, ianya mula mengangkat kismis tersebut dan membuatnya terapung. Akhirnya, pada permukaan air, buih tersebut meletup dan bebas ke udara, menjatuhkan kismis kembali ke dasar.